7/07/2011

Cikgu Suraya Dan Malam Pertamanya (Part 2)

Cikgu Suraya memaling ke arah orang yang menyebut namanya.


Terkedu sebentar dibuatnya.


"Mak Nab?"


"Assalamualaikum cikgu. Amboi lama betul dah tak nampak cikgu. Sejak cikgu pindah, dah lari sorang customer kuih saya."


"Waalaikumsalam. Hehe apa nak buat Mak Nab, saya kena ikut suami saya pindah. Dia kena tukar ke sana. Bukan saya nak sangat pun."



"Oh yeke. Tu yang merengek macam kucing kurap dalam kereta tu mesti anaknya ya? Wah dah besar ye." kata Mak Nab sambil matanya melilau ke arah kereta Mazda 808 Wagon yang berwarna hijau muda.


"Yang merengek tu bapaknya. Dah kahwin 5 tahun pun masih bangang tak reti jaga anak. Almaklum dulu kat sekolah dia tu playboy, mana reti sangat hakikat duniawi nak jadi bapa mithali hehe." selamba Cikgu Suraya.


Sedang mereka khusyuk berbual, tanpa semena-mena kain Cikgu Suraya terbuka luas ditiup angin kuat yang tiba-tiba saja meniup ke arah mereka. 


"Amboi Sue, stim abang dalam kereta ni tengok hehe." usik suami Cikgu Suraya manja. Tangannya masih lagi memegang pampers untuk menukar lampin anaknya yang sudah terberak dalam kereta.


Cikgu Suraya tergedik kejap depan Mak Nab dengan berpusing-pusing manja, sambil mulutnya menggigit manja kuku panjangnya.


"Cikgu ni dah makin tua makin gampang ye perangai hehe." selamba Mak Nak mencarut.


"Hahaha biasalah Mak Nak, walaupun dah pangkat mak, tapi dalam masih dara. Bukan janda, tapi dala!" kata Cikgu Suraya yang meniru gaya Johan tapi kurang menjadi.


"Sudah-sudah, terburai punggung aku tengok perangai kau. Eh cikgu tau tak pasal si Samsuddin. Alah, dia tu dulu anak murid cikgu jugak."


Dalam otaknya Cikgu Suraya cuba mengingat kembali siapa yang dimaksudkan Mak Nab.


"Oh Sud ye? Samsuddin anak Haji Bachoq tu kan? Kenapa dengan dia? Sekarang ni buat apa? Dulu katanya bercita-cita nak jadi pak guard kilang kondom ye?"


"Itu la yang saya nak bagitau ni..."


"Jom masuk dalam kereta saya dulu Mak Nab." Cikgu Suraya terus menarik Mak Nab masuk ke dalam kereta buruknya.


-bersambung-

No comments:

Post a Comment

Post a Comment