7/12/2011

Cikgu Suraya Dan Malam Pertamanya (Part 3)

"Apa-apa hal kita gossip dalam kereta ni je ye Mak Nab." kata Cikgu Suraya


"Awak ni apa ke bangang sangat, saya tengah tukar lampin anak kita ni ha pun adoi.." berang lakinya. Tak semena-mena kena bangang dengan suami tersayang.


"Korang berdua ni memang cute sangat. Dah dapat kahwin pulak tu. Padan sangat la dua-dua pun perangai macam lembu ye.." sengih Mak Nab.


"Apakan daya Mak Nab, dia lah syurga saya Mak Nab. Kalau dia bangang, saya pun kena la jadi bangang. Orang kata jangan langgar cakap suami. I love you abang mmuahh!" gedik sekejap Cikgu Suraya.


"&^*(*(&(*^%%$%# kau!" carut suaminya.



Mak Nab terkebil-kebil. Tak tau sama ada nak join mencarut atau tak. Khuatir tarafnya sebagai janda berhias tercalar akibat perbuatan yang tidak senonoh.


"Ok la cikgu, back to the point ye. Si Sud ni ha, dengar cerita dia sekarang dah berubah sangat. Sampai semua orang takut dengan dia. Ye la, dulu lain, sekarang pulak dah lain.."


"Lain apanya Mak Nab? Kalau tak dapat jadi pak guard kilang kondom, jadi operator kilang kondom pun jadi la. Janji bekerjaya tinggi. Orang pandang pun mulia." bangga sekejap Cikgu Suraya bila bercerita tentang salah sorang muridnya.


"Memang dulu dia kerja pak guard kilang kondom. Tapi lepas ada kes kat kilang tu, dia terus berubah. Sedih saya tengok keadaan dia sekarang cikgu..." pilu hati Mak Nab.


"Tolong la jangan kata dia dah jadi gila Mak Nab. Takkan kena sampuk hantu kondom sampai jadi gila pulak? Dia kan budaknya kuat silat, kalau jumpa hantu mesti dia boleh buka Jurus Nasi Kangkang dia tu.."


Mak Nab berfikir sejenak


"Kenapa Mak Nab? Brain freeze ke?" sengal suami Cikgu Suraya. Masih lagi tak siap pakaikan pampers. Terkial-kial nak tanggalkan sticker pampers.


"Jom la kita pergi rumah dia. Tak sampai hati saya nak cerita kat sini...uhuk uhuk.." rintih hati Mak Nab. Tiba-tiba saja dia menangis teresak-esak.


"Sabar Mak Nab, jangan la menangis. Tak elok orang pandang. Dah tua kutuk ni bawak-bawak la bersabar ye.." pujuk Cikgu Suraya.


"Mak cik bukan menangis sebab keadaan si Sud tu, aku sedihkan suami kau ni ha. Kenapa dia pakaikan pampers anak kau ni terbalik alahai!!!" jerit Mak Nab sambil menggaru punggungnya.


"Abang...abang. Bangang...bangang..." 


-bersambung-

No comments:

Post a Comment

Post a Comment